Thursday, March 26, 2009

bingkisan hati kecil...

Bismillahirrahmanirrahim….
Ya Allah.. aku bersyukur kepadaMu atas segala kurniaanMu…
Aku hamba yang lemah ya Allah..
Aku hamba yang hina…
Yang tidak layak untuk berada di syurgaMu..
Tapi aku takut akan api nerakaMu ya Rabb..

Tiada lain yang dapat aku meminta melainkan kepadaMu..
Tiada lain yang aku sembah melainkan Engkau Yang Satu
Tiada lain yang dapat aku memohon pertolongan melainkan kepadaMu..
Tiada lain yang aku puja melainkan Engkau Yang Esa..

Namun ya Allah..
Aku sering lalai dalam mengerjakan segala yang disuruhMu
Aku sering sengaja melupakan segala laranganMu..

Bagaimana untuk aku memohon kepadaMu ya Allah..
Aku tidak layak..
Aku tidak pantas untuk mendapat pertolonganMu sebagaimana sahabat2ku..
Kerana dosa-dosaku..
Kerana hinanya aku…

Ya Allah..
Namun…
Diri yang kerdil ini tetap memerlukanMu..
Tetap membutuhkan pertolonganMu..
Kerna aku insan lemah…
Kerna aku insan hina…
Hanya padaMu tuhan aku berharap, memohon dan meminta…
Kasihani aku ya Rabb…

Aku bersyukur hanya padaMu ya Allah..
Tuhan Yang Maha Berkuasa….