



Ilmu lahir dan berkembang atas asas yg tertentu. ia dihubungkan dengan teori dan asal usul ilmu yang disebut sebagai epistemologi. epistemologi sesuatu ilmu mempunyai landasan dan tapak yang tertentu. daripadanya ilmu berdiri, berkembang dan membentuk pandangan semesta atau tasawwur seseorang mengenai sesuatu. 
penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun di negara2 umat Islam menyebabkan fahaman sekular bertapak dan berkembang dan ilmu serta pendidikan menjadi dualistik. dominasi ilmu Mengurus Sistem memberikan acuan dasar2 pembangunan dan perubahan negara dan akhirnya menghasilkan anak didik yang bercitarasa Barat yang memandang remeh terhadap tradisi dan agamanya.
kalau diibaratkan sebatang pokok, akar tunjangnya dan akar2 lain ialah rasionalisme, saintisme, humanisme, utilitarianisme, pragmatisme dan lain2 menghasilkan cabang dan ranting, bunga dan buah yang sifatnya sekular. daripadanya mencambahkan ilmu2 sains tulen yang terputus dengan akidah dan nilai dan sains kemanusiaan yang tercabut dari pandangan semesta @ worldwide yang berasakan nilai2 agama.
ilmu sebegini berkembang begitu lama di negara umat Islam dan dlm masa yag sama tradisi ilmu dalam Islam menjurus kpd pengukuhan ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem diteroka oleh anak didik yang bercitarasa Barat dan menyebabkan dasar2 utama negara dalam bidang pengilmuan dan pendidikan dan bidang3 lain menjadi sekular. kesannya ialah melahirkan konflik yang berpanjangan di kalangan kelompok tradisi dgn kolompok moden yang terpancar dalam gelanggang politik, pendidikan, kebudayaan dan juga sosial.
lebih2 lagi pada era pascamodenisme kini, Barat menampilkan idea2 Michel Foucault dan Jacques Derrida, Jean Descartes yg melanjutkan pendirian Netzsche dan Claude Levi Strauss bahawa "Tuhan Sudah Mati". aliran ini menolak kepentingan autoriti dan hieraki dan akirnya menghasilkan masyarakat dan sistem yang sifatnya anarki. aliran yang anarkis inilah yang menghasilkan ketidaktertibam dan ketidak aturan dan menyebabkan kehilangan adab pada insan. globalisasi dalam beberapa hal menggambarkan aliran anarkis yang mana kesan kebangkitan baru membawa penolakan langsung terhadap nilai dan moral, adab dan etika hingga yang tertampil ialah kecenderungan memanipulasi aspek2 yang bersifat kebendaan utk merangsang fahaman hedonisme yang melampau. teknologi canggih yang terhasil sama ada dalam bidang komunikasi dan telekomunikasi menyuburkan bahan2 lucah dan hedonistik menifestasi nilai2 rakus dan tertekan hingga menyebabkan proses perubahan dan kemajuan menjadi hilang punca. akhisnya manusia menjadi lebih haiwani dan meratah nilai2 keinsanan ibarat api yang membakar daun2 kering di musim kemarau!!



Dalam diri mlalui satu per satu pengalaman dan ujian hidup pelbagai cabaran dan dugaan meniti hari demi hari..pengalaman dan cabaran itu sama ada akan lebih mematangkan kita @lebih menjadikan kita seperti mayat hidup.. yang tidak berguna baik untuk diri sendiri,mahupun keluarga.. apatah lagi masyarakat dan agamaNya...
hidup kita sebagai manusia yang hanya sahanya makhluk yang dikurniakan Allah SWT dengan akal fikiran adalah hanya dengan 1 tujuan.. diutuskan dan dipinjamkan oleh Allah SWT nyawa roh dan jasad untuk setiap diri insan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepadaNya.. banyak bukti2 dalil dalam al-Quran.. bukan hanya 1 ayat.. tapi banyak ayat yang Allah SWT menyebut akan hal ini.. tidak cukup kuatkah untuk kau wahai diri untuk bertindak..??
hal ini akan mudah untuk dilakukan jika kita beriman dengan ke 6-6 rukun iman yang telah ditetapkan.. beriman kepada Allah.., rasul.., malaikat.., kitab.., hari kiamat.., serta qada dan qadar...
ak suka untuk menyebut tentang beriman pada hari kiamat... sedar @ tidak...terutamanya untuk diri ini.., kita sebenarnya terkadang lupa untuk beriman dengan hari akhirat.. kepercayaan kita tentang syurga dan neraka Allah terkadang terlalu rapuh.. oleh disebabkan hal inilah kita lemah dalam melakukan ap yang disuruhNya n meninggalkan ap yang dilarangnya..
walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi sebab-sebab lain yang mendorong kita untuk melakukan yang munkar.. antaranya sikap malas yang bermaharaja di dalam diri…
so bagaimana untuk menghilangkan nya.. jawapan nya masing2 tersedia maklum, iaitu berdoa banyak2 mntak Allah hilangkan sifat tersebut.. berdoa mohon supaya Allah SWT memudahkan setiap pekerjaan hambanya yang berniat untuk melakukan kebaikan, yang Dia redha..
bercakap tentang malas, ak teringatkan kata2 yang tertampal kemas di bilik kakak cnior fizikku..
“malas itu najis kehidupan”
Lebih kurang camtu lah kata2nya..
So..ingat k diri..hindarkan dirimu dari bersifat malas..kuaaattt!! chaiyook2;-)
Ok..now, berbalik kepada rukun iman yang ke lima tadi.. rukun iman kita yang kelima ini sebenarnya tidak diimani oleh penganut2 agama lain..
bercakap tentang beriman dengan hari akhirat, manusia pada hari ini banyak yang mengakui akan syurga dan neraka.. tetapi setakat manakah kita beramal untuk mendapat kan syurga itu..? dan setakat manakah amalan kita untuk mengelakkan kita dari neraka itu..?
persoalan ini tidak dilontarkan kepada insan lain melainkan pada diri sendiri terutamanya..
tidak terlalu keterlaluan jika ak mengatakan bahawa ‘sesetengah manusia’ sebenarnya tidak yakin akan hal syurga dan neraka ini.. kenikmatan syurga dan keazaban neraka terkadang kita lupa dan alpa.. dan kadang kala sengaja dilupakan dek terlalu ingin menikmati kesenangan dunia..
benarkah wujud syurga itu, dan benarkah wujud neraka itu?? Ya sayang.. kedua2nya wujud..xdk satu pn yang Allah firmankan itu tidak benar.. semua benar.. cammana nk tau benar ke x? jawapannya banyakkan lah berfikir.. berfikir tu perlu lah berlandaskan yang benar n seadil2nya.. kalau masa fikir tu rasa cm nk bertentangan ja dengan ap yang Allah kata, tinggalkan dulu ap yang di fikiran tersebut.. teruskan hidup cari makna hidup berlandaskan landasan yang Dia benarkan n syariatkan.. kelak kita akn mendapat jawapan..
yang pasti, hati perlulah membenarkan segala yang Allah jadikan ini.. setiap satu persatu ciptaan Nya ad sebab-sebab yang kadang kala tidak terlintas pn di hati kecil kita ini..
berkenaan dengan syurga dan neraka Allah, banyakkan baca suratul waqiah..di situ ada nikmat2 yang tersedia untuk mereka yang sabar, n yang patuh, n setia mencintai Dia yang Maha Agung..n ada juga tertulis tentang segala keazaban siksa neraka yang bakal ditanggungi oleh penghuni2nya…
ya Allah..moga kami terpilih untuk ke jannahMu…aminn…tetapkan hati kami untuk sentiasa mencintaiMu..n berjuang di jalanMu yang satu…….Tuhan..kasihi kami..sayangi kami..lindungi kami..kerana Engkaulah yang Maha Mengasihi, Maha Penyayang dan sebaik2 pelindung.. Tuhan Rabbul ‘Alamin…………………….
